Sunday, December 21, 2008

L.I.F.E vs D.E.A.T.H




Salam....

Ada satu perkara yang sdng bermain2 dan berputar2 dan berpusing dalam kepala sekarang...
Ingat lagi pada kemalangan bas ekspress yang berlaku di KM 146 sewaktu h
ari raya korban yang meragut 9 org mangsa dan rmi juga yg tercedera di tempat kejadian... but latest new yg aku dgr, sbnrnya 14 mangsa yg terkorban.. kiranya yg balance tu meninggal sewaktu di hospital... Mungkin xcdt ni x brape nak perasan kerana waktu itu beritanya lebih terarah kepada tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa...

Dan selang beberapa hari kejadian yg berlaku di KM146, bnyk pula accident berlaku antara nya di KM144 (Waja-tiada kemalangan jiwa), KM150(Mitsubitshi-seorng terkorban) bnyk lagi...aku x ingat.. tp membabitkan kereta mewah..mungkin kereta2 dari singapore. Aku x brani nak bg th lebih, sbb yg aku th ni pun dr staff Plus Ronda itu pun dia tunjuk pic2 xcdnt tu melalui phone dia... Tp yg terbaru, di KM130 *klu x silap* seorng pemandu motor mati dan polis saspect lori atao traler langgar mangsa menyebabkan mangsa terpelanting ke bhgn fast lane. Mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan yg serius di kepala... (kes xcdnt ni Project Manager aku yg cerita coz dia berada di tempat kejadian bersama2 dgn seorng staff PLUS.)



.: Pic ni ambil oleh Project Manager aku sewaktu di tempat kejadian(KM 130), ada pic yg lebih ngeri, tp x perlu lah aku upload kat sini...:.

Ya Allah, 2 minggu ni sahaja aku di sajikan dgn pelbagai kisah kemalangan x kira membabitkan kemalangan jiwa mahupun tidak...*maklumlah keje pun ada kene mengena dgn highway ;P* namun kisah2 ni membuatkan aku bermuhasabah diri seketika tentang mengigati KEMATIAN... Banyak perkara sebenarnya membuatkan kita ingat pada kematian namun ia mungkin berlaku dalam keadaan sedar atao tidak sedar..contohnya, time aku drive pulang meeting dr Yong Peng selasa lepas, adalah 2-3 kali aku terpandang haiwan kecik yg mati di gilis kenderaan. mungkin kita x brape ignore sgt.. namun ia juga mengigatkan kita pada mati.

Dan baru2 ni sewaktu aku drive pulang dari mkn bersama kawan, selepas melintasi traffic light, aku berada di fast lane, dan di kiri aku ada sebuah bas kilang, tetiba aku terpikir atao termengelamun beberapa second yg bas tu masuk ke lorong kanan(fast lane) tanpa beri isyarat lampu dan sewaktu itu aku drive sgt laju dan tidak sempat utk brek lalu melanggar belakang bas tersebut.. aku bayangkan keadaan aku waktu itu... MUNGKINKAH aku cedera teruk dan menahan kesakitan yg amat? Atao MUNGKINKAH aku.......di tempat kejadian? Beristigfar panjang aku bile aku sedar dr lamunan tersebut... dada aku berdegup kencang........Ya Allah... Jauhkanlah, aku x nak mati cara begitu.. aku takut x smpt mengucapkan dua kalimah syahadah, menatap wajah org yg aku sayang bt kali terakhir, amalan aku juga x cukup lagi...

Apa yg pasti aku bersyukur sebabnya Allah telah me'REMIND kan kat aku utk menghargai kehidupan, menginsafkan aku agar sentiasa menjaga iman, tidak lalai mencari bekalan utk dibawa ke akhirat kelak,dll.. kerana kita x tahu bile, dimana, dan bagaimana kita akan MATI... mungkin blog kali ni lebih kearah sebagai peringatan bt aku yg sentiasa lupa dan leka... dan bt teman2 mungkin post ni x lah berapa baik isinya, cukuplah ia sekadar sebagai kesedaran agar teman2 yg amat aku sygi tidak hanyut dengan kenikmatan.

Hargailah nyawa...
Kecuaian bukan guraoan..
Ingatlah org tersayang...

*mungkin melafazkan nasihat dan kata2 mmg mudah, namun segalanya ditentukan oleh ALLAH* *Setiap yang bernyawa itu pasti menempuhi saat kematian*

note: setakat ni, aku belum lagi tgk real punya accident depan mata (kira nmpk mayat la) klu accident kecik2 mcm kereta remuk tu ada la... Hopes x nak la tertengok.. ngeri + trauma plak aku jd nyer.. :P Cukup lah just dgr cerita........

wasalam...


4 comments:

wanieweng said...

jst wanna say hiii

saye wanie :)

.:dura:. said...

yup wanie...
i know u..ahaha...

payarumput21 said...

Salam Dura..

Hmmm.. kalau di kira dari statistik.. sungguh2 mengerikan.. dan kesemuanya bermula dari kecuaian.. :-(

Jangan la dimintak untuk menyaksi sesuatu yang tak mungkin akan dipadam dari ingatan buat selama2nya.. Ngeri.... :-(

.:dura:. said...

wslam kak PRI21,
tu lah kan..kecuaian pun satu, bw laju pun satu hal.. tp klu bw perlahan plak pun satu hal... adey..
doakan agar keselamatan semua selamat... :D