Saturday, January 31, 2009

.:Tahlil Arwah + Besday Nenda:.


Salam....
Pada 25hb January;
Jarang sekali ke sebelas-sebelas adik beradik ayah dpt berkumpul sama… Klu raya sekali pun jgn harap dpt berkumpul dan bertemu semua sekaligus… namun hasil usaha dan idea maklong, ayah, mak ngah, pak andak and pakcik zai… Alhamdullilah… yang jauh & dekat akhirnya pulang ke kampong utk menjayakan majlis Tahlil arwah atuk dan menyambut hari lahir nenek yang ke-80…






Kepulangan…
Laman rumah nenek yg besar, mampu memuatkan hampir 15 buah kereta…
Peh, dah mcm jual kreta terpakai pun ader...ahakz~





Lambakan....

Beli...BELI...beli...!!!!!terbaik dari ladang...haha..
Mcm2 selipar ader...selipar jepun,selipar jamban,...
Eh he..kasut rayer pun ader..
Rayer cina nyer kasut ke???




Menjadi satu Kenangan, utk dikenang di masa hadapan...
...Gigantic Family....






Ok..ok.. SHOW TIME!!!!
Majlis dimulakan dengan majlis bacaan Yassin utk disedekahkan kepada ahli2 keluarga yg sudah arwah… kemudian di ikuti dgn bacaan tahlil….




Majlis menjamu selera selepas majlis tahlil dan bacaan Yassin.
Part paling best : MAKAN!!!!!!! Lazat….
Majlis Tahlil and bacaan Yassin ni just kitaorng bt antara family jer… and just jemput beberapa org masjid..
Lepas org masjid balik…. Next majlis ialah Majlis menyambut hari lahir Nenek yang ke-80… special kek dari Secret Recipes “Chocolate Indulgence”.



“Brape banyak lah korang nak nyanyi lagu “Allah Selamatkan Kamu” ni???, Aku dah x sabar nak potong kek ni tao x?? Hadiah pun banyak dpt ni…syok2…x sabar nak buka ni…”
*agaknya itulah yg bermain2 dlm kepala nenek time ni kot* hehe….




“Pergh…aku dah lama tunggu moment nak potong kek…adoi, cucu2 aku yg menyibok ni plak lorat nak potong kek skali…”
*fikiran nenek berkata lagi.. :P*



Part ni aku x suka… sebabnya boleh meleleh air mata ooo…..sob3…
tapi nenek mmg meleleh air mata terharu kerana terlalu suka sgt2…
SESI PETANG
selepas selesai majlis.....
sewaktu org2 dewasa sibok borak2...
yang kanak2 ada agendanyer sendiri....
aku pun peliklah, mn lah bdk2 kecik ni pergi...
cari2.... rupanya dok main kat laman blkang rmh nenek...
Games budak kampung...
woi.. aku join tu.... hehe... x leh bla.....
terkenang zaman kanak2 dulu....
seronok giler... happening habis...

Dapat buat pukulan Home-run tu….hehe.. *tipu jer*



Games ni membuatkan semua org tercunggap menyedut oksigen sbb penat berlari...
Main punya main, smp x ingat dunia...alih2 dah nak senja....


Malam pun menjelma.... segalanya selesai... segalanya berjalan lancar... Alhamdullilah...
next plan ialah bulan 5 nnt.. utk smbt Hari Ibu plak.... hopes nenek dipanjangkan usia, agar moment2 yg happening ni dpt dia rasai lagi....amin...
Penutup pada mlm tu di iringi hujan renyai2..... wah sgt touching....
note 1: klu aku ada umur panjang, and dapat melalui zaman tua... agaknya bagaimana lah keadaan aku waktu itu???

note 2: up next--- CNY Fever and Free Scalling
wasalam....
...maaf post kali ni xbrape nak citer bnyk sbb x bnyk idea...

3 comments:

Shazwani Adnan said...

salam.

seronok betul bila ramai2 adik beradik boleh berkumpul. tp wanie still tak dpt peluang tu..

kylex said...

wah,seronoknya..dah lama xjoin sedara2 maen2 dan borak sama2..rindu tuu..

.:dura:. said...

salam wanie:
xper satu hari nnt pasti ada peluang...

salam kylex:
mmg seronok sgt2.. nnt klu anda ada peluang..jgn sia2 kan... sbb susah nak dpt moment2 camni...