Tuesday, February 3, 2009

...Thinking of You...

Hye...




emmm......
1.Congrats for someone... (member aku) i'm happy for your... Selamat Berbahagia... :P
2. To another some... (mmber aku jugak) tu lah, x sabar... kan sudah jd bergitu... x yah sedih2... ko kan jenis yg happy jer... searching lah for another one....

lagu ni best sgt... tp x related langsung ngan life... just suka2 dengar sbb Katy Perry nyer lagu semua best2 walaupun lyrics nyer mcm benggong2.. hehe...

note: nak resign tp x de back up job... so mampu bertahan smp bile??? argh!!!!!!!! tensen...

wsalam....
...end...

Sunday, February 1, 2009

...Jejak jelajah Keris dan Gigi...


Salam,
Hampir seminggu masyarakat Cina yang beragama Buddha menyambut Gong xi fa cai….
Tahun ni tahun lembu kan...
Rasanya aku wish Gong xi Fa Cai kat sorang member aku jer tahun ni… iaitu kat Ang Ai Jen… Member sekolah aku dulu... Dia jer mmber cina yg aku still do keep in touch...




~Gong Xi Fa Cai~
*Ni br blk beraya kat rumah Puteri Hang Li Po ni…*

-------------------------------------------------------------------------------------------
Jejak Jelajah Keris

27hb January,
Sekali lagi menjalankan tugas sebagai tourist guide utk cuti raya cina kali ni.. kali ni berbeza skit sbb membawa kanak2 johorian menjejaki sebilah keris tinggalan pendekar melayu melaka, Hang Tuah iaitu Keris Taming Sari…


Org kata, keris Taming Sari tu Hang Tuah dah buang kat Sg.Duyong. And klu sesape terjumpa keris tu, Hang Tuah akan muncul semula… so kitaorng yg mempunyai sifat enquiry yg sgt tinggi, pun mula menjejaki keris tersebut…. Biar sampai ke lobang cacing sekali pun kami tetap menjejaki…

Cari punya cari…. Searching punya searching…tiba2 kami tiba di suatu tempat... nama tempat tu klu x silap Bandar Hilir.... Rupa2nya, mmg Hang Tuah dah muncul… Cuma kitaorng x smpt jumpa, Hang Tuah dah balik rumah sebab sakit perut nebes nak bt come back…. Tp Hang Tuah sempat pi dok pacak kan keris Taming Sari dia kat Bandar Hilir sebagai tanda dia dah buat come back… Kat tengah2 alam lagi…. So, benar lah kata org... (ahaha..citer merepek)

Tp kan, sebenarnya kitaorng x ke sg.duyong pun utk cr keris tersebut… giler nak menyelam sungai tu semata-mata nak cr keris?? Seolah2 mencari jarum di dalam lautan dalam… oh tidak mungkin….



Misi kami berjaya dalam menjejaki Keris Taming Sari… (Menara Taming Sari)
Tak sangka Keris Taming Sari setinggi 80m... :P


Oh ye lupa plak... misi kami di awasi oleh 2 org dewasa (My mum and Maklong)… kot lah terjadi apa2 kat budak2 ni time misi dijalankan.. aku bukan pandai jaga budak pon... hehe... habis bdk2 ni hilang tah kemana-mana nnt....



Kanak2 yang terbabit dalam menjejaki Keris Warisan Melayu… Yang belakang skali tu (tshirt putih) jer bukan johorian…

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

CNY FEVER

Ha, nak tao apa related nyer tajuk CNY fever tu dgn post kali ni?
Ni mmg betul2 demam ni… Kitaorng sibok searching Keris, demam bdk ni jd balik pulak… alah kesian nya… demam dia before ni ingatkan dah kebah… rupanya demam blk…. So gie farmasi Guardian cari ubat….





Muka x nak mkn ubat… Ubat ni punya lah sedap sbb berperisa oren versi thn br cina lagi …hehe…

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jejak Jelajah Gigi

Ingat lagikan post before ni aku citer pasal gigi... emmm.... skrang gigi ku dah bersih dari masalah plak gigi... dah buat scalling dah..free jer xyah bayar... nak tao aku bt kat ne??? Hehe.. kat Hospital Angkatan Tentera Terendak Kem...(tmpt yg aku x suka nak msk) ahaha.. ayah yang tlng btkan appointment dgn doctor gigi kat situ... Doctor Pakar Bedah Mulut dan Maksillofasial.
Nama doc tu: Lt Kol. (DR) Amaradran W.D Dass.
And dia ada : BSc. BDS (Uni. Punjab) M.Clin Dent (MAL)
Ingatkan kene tunggu giliran sama2 dgn pesakit luar nak tunggu bt rawatan...
alih2, ayah terus bw masuk kat tempat ruang menunggu yg siap ada aircond...
Pastu kene buat X-ray lagi tu.. aku dah cuak giler.. apa kene mengena lah nak scalling gigi siap nak ambik X-ray gigi ni...??
Rupanya doc tu nak tgk struktur gigi bongsu aku... agak2 x elok tu, terus jer cabut..x yah bnyk citer... wah... tetiba mcm seram sejuk jd nyer.... Tp bile doc tu tgk keadaan gigi bongsu aku secara real, dia ckp x yah cabut lah... gigi ni elok jer.. sbb dah x ada space tu yg tumbuh sengget... So, doc tu just buat scalling jer... ingatkan sgt lah ngilu... rupanya tidak langsung.. rasa biasa jer.. best tu... seronok nyer... lagi seronok aku siap pki kaca mata hitam tu (utk elak silau lampu) stylo seyh.... :P
Tapikan, korang x akan jmp doctor yg pki uniform putih kat sini... sbb diorng pki baju uniform askar colour hijau tp bukan yg celoreng tu...
Ni lah yg best nyer jd anak staff hospital... time ambik ubat kat farmasi lagi best, x yah ambik nombor, ayah gie jer kat counter bg resit ubat terus on the spot dpt... eh, cepat betul lah.. pukul 9 smp hospital, kul 10 dah settle... suka2.... :P




Bilik rawatan gigi..di situ lah gigi aku di kerjakan smp bersih..

Aku capture pic ni sorok2 time berada kat ruang menunggu.. nak ambik bnyk2 pic mcm xberani jer.. xpasal2 kene marah lagi.. ayah pun ckp x leh capture pic.. so x brani lah...


Note : ada satu lagi peluang utk aku bt 1st degree aku kat oversea.. iaitu under SLTP... lepas hbs blajar jer terus jd lecturer kat Politeknik or Kolej Komuniti... Tp itu pun klu ada rezeki...aku mohon jer... dpt2 lah..x dpt x pe lah.. Rezeki di tangan Tuhan.. yg penting aku berusaha mencari peluang....

Utk sesape yg berminat, yg ada diploma holder ,CGPA 3.50 and above, umur x lebih 22thn dan berminat nak jd Lecturer... sila ke WWW.MOHE.GOV.MY dan clik kat Biasiswa SLTP.


wasalam..............


Saturday, January 31, 2009

.:Tahlil Arwah + Besday Nenda:.


Salam....
Pada 25hb January;
Jarang sekali ke sebelas-sebelas adik beradik ayah dpt berkumpul sama… Klu raya sekali pun jgn harap dpt berkumpul dan bertemu semua sekaligus… namun hasil usaha dan idea maklong, ayah, mak ngah, pak andak and pakcik zai… Alhamdullilah… yang jauh & dekat akhirnya pulang ke kampong utk menjayakan majlis Tahlil arwah atuk dan menyambut hari lahir nenek yang ke-80…






Kepulangan…
Laman rumah nenek yg besar, mampu memuatkan hampir 15 buah kereta…
Peh, dah mcm jual kreta terpakai pun ader...ahakz~





Lambakan....

Beli...BELI...beli...!!!!!terbaik dari ladang...haha..
Mcm2 selipar ader...selipar jepun,selipar jamban,...
Eh he..kasut rayer pun ader..
Rayer cina nyer kasut ke???




Menjadi satu Kenangan, utk dikenang di masa hadapan...
...Gigantic Family....






Ok..ok.. SHOW TIME!!!!
Majlis dimulakan dengan majlis bacaan Yassin utk disedekahkan kepada ahli2 keluarga yg sudah arwah… kemudian di ikuti dgn bacaan tahlil….




Majlis menjamu selera selepas majlis tahlil dan bacaan Yassin.
Part paling best : MAKAN!!!!!!! Lazat….
Majlis Tahlil and bacaan Yassin ni just kitaorng bt antara family jer… and just jemput beberapa org masjid..
Lepas org masjid balik…. Next majlis ialah Majlis menyambut hari lahir Nenek yang ke-80… special kek dari Secret Recipes “Chocolate Indulgence”.



“Brape banyak lah korang nak nyanyi lagu “Allah Selamatkan Kamu” ni???, Aku dah x sabar nak potong kek ni tao x?? Hadiah pun banyak dpt ni…syok2…x sabar nak buka ni…”
*agaknya itulah yg bermain2 dlm kepala nenek time ni kot* hehe….




“Pergh…aku dah lama tunggu moment nak potong kek…adoi, cucu2 aku yg menyibok ni plak lorat nak potong kek skali…”
*fikiran nenek berkata lagi.. :P*



Part ni aku x suka… sebabnya boleh meleleh air mata ooo…..sob3…
tapi nenek mmg meleleh air mata terharu kerana terlalu suka sgt2…
SESI PETANG
selepas selesai majlis.....
sewaktu org2 dewasa sibok borak2...
yang kanak2 ada agendanyer sendiri....
aku pun peliklah, mn lah bdk2 kecik ni pergi...
cari2.... rupanya dok main kat laman blkang rmh nenek...
Games budak kampung...
woi.. aku join tu.... hehe... x leh bla.....
terkenang zaman kanak2 dulu....
seronok giler... happening habis...

Dapat buat pukulan Home-run tu….hehe.. *tipu jer*



Games ni membuatkan semua org tercunggap menyedut oksigen sbb penat berlari...
Main punya main, smp x ingat dunia...alih2 dah nak senja....


Malam pun menjelma.... segalanya selesai... segalanya berjalan lancar... Alhamdullilah...
next plan ialah bulan 5 nnt.. utk smbt Hari Ibu plak.... hopes nenek dipanjangkan usia, agar moment2 yg happening ni dpt dia rasai lagi....amin...
Penutup pada mlm tu di iringi hujan renyai2..... wah sgt touching....
note 1: klu aku ada umur panjang, and dapat melalui zaman tua... agaknya bagaimana lah keadaan aku waktu itu???

note 2: up next--- CNY Fever and Free Scalling
wasalam....
...maaf post kali ni xbrape nak citer bnyk sbb x bnyk idea...

Friday, January 23, 2009

.:Macam-Macam Hal:.

Salam....


---GIGI KU ---

Cik dudu klu dlm situasi sedih ke, situasi x best ke mesti nak bt something yang boleh menyakitkan diri... Tuit2... jangan salah paham.... Bukan perkara yang di luar jangkaan ok...Perasaan xbest tu lah membuatkan aku kadang2 berani sebenarnya... Berani apa??? emm ni lah nak cerita...

Disebabkan perasaan yg tak best tu...aku tetiba rasa nak menyakitkan diri So, decide nak jumpa Doc GiGi.... hehe.. kelakar kan... eleh, korang berani ke?? hehe :P Klinik Gigi kerajaan menjadi pilihan...

Hari tu jer,3 kali aku ke klinik gigi....

1st dtg, nak daftar, tetiba i/c aku tertinggal kat rmh..adey camne le bleh tertinggal plak, so blk rmh ambik.

2nd dtg, dah kul 1ptg, pendaftaran dah tutup, so gie makan dulu....

3rd dtg, baru lah boleh daftar and jmp doc..

ahaha... sampai pak guard kat klinik tu pun dah cam muka aku... ahaha xleh bla...

pak guard: "Hai dik, dah 3 kali dah dtg..."
cik dudu: "tu r bang, pg td lupa bw i/c...hehe"

klu nak ikutkan dah lama x jmp doc gigi ni....since lepas sekolah... pastu check balik pun time bt medical check up before masuk U itu pun 3 thn lepas.....

Waktu menunggu, aku x rs ape2.. nebes pun tidak...relek jer...mcm x ada apa2 berlaku...senang citer, x ada perasaan la....tp, klu dulu time sekolah, nebesnyer bukan main lagi sampai rasa jantung nak jatuh pun ada.... dahsyat... lol....

Bile number aku di panggil, aku pun msk la dgn slamber, menyerah diri lalu membuka mulut....

doc: "apa masalah?" - smbl check gigi aku-
cik dudu: "i think gigi saya kotor sgt la doc.... nak cuci... pastu sy rasa mcm ada lobang jer kat gigi bongsu"
doc: "klu u nak cuci, u kene bt appointment dulu tp bln 6 la.... and yang u rasa lobang tu bkn lobang, u punya gigi bongsu tumbuh songsang, so i suggest u to buang gigi tersebut... if u nak, i boleh bt surat rujukan ke hospital utk bt operation utk buang gigi bongsu u...."
cik dudu: "ha? operation? emmm...i'll think bout it first"
doc: "ok, gigi yg lain x ada masalah....dtg semula bln 6 nnt utk cuci gigi"
cik dudu: "ok thanks doc..."
adoi... kejap sangatkan....check2 pastu dah...patutlah x rasa nebes...hehe.. dtg blk bulan 6...lama lagi tu....
pastu bile doc tu suggest operation, aku dah terkejut gile2.... x terpikir pun sampai kene operation gigi.... *ha yg ni aku x berani,aku kene cr kekuatan dulu :P*
hampeh sgt2... so conclusion nyer, aku x pat nak menyakitkan diri or gigi hari tu.... klu lambat sgt nak tunggu bulan 6, aku cari jer la Private Dentist lagi senang... pastu claim la kat company..hehe....



*Kad Gigi Ku*


Bile tgk staff2 kat klinik gigi, xkira lah doc gigi ke, staff nurse ke, attendent ke... best nyer kan... Jiwa aku nak further study melonjak2 sgt!!!! Bkn x nak smbng, masalahnye x dpt smbng... x jmp2 lg jawapan nape aku x smbng blajar.... Emmm...blajar.... i luv study....



--- OVERSEA ---


Actually peluang ni aku dah start try dr thn lepas.... Tp thn lepas x dpt borang atas alasan pengajian aku x tamat lagi.... Dan tahun ni aku try lagi... Dapat borang... tp yg sedih nyer aku blom ambik IELTS, and x apply University Luar Negara... Pastu borang yg aku dpt plak, smp kat rmh sehari sebelum tarikh tutup permohonan... pergh x sedih jiwa....



*Surat Tawaran*





*Borang Permohonan*
- aku x isi pun borang ni...masih terbiar kosong -





Tp x per, thn depan aku cuba lagi... buat kali ketiga... aku jdkan pengalaman thn ni sebagai panduan thn hadapan agar aku x leka... So, aku akan prepare awal2 utk ambik IELTS and apply university Luar Negara.


(Fees IELTS bapak mahal seyh: RM550, pastu kene ke British Council kat KL klu nak ambik test)
(ada sape2 x leh guide aku camne nak apply U oversea ni...x de member r yg leh sama2 apply)





emmm... nampaknya aku dah jmp jawapan kot klu sape2 tanya aku pasal nape x smbng blajar... emmm...ni lah jawapannyer... aku nak further study kat oversea smp dpt.... klu x dpt x per r...x de rezeki lah tu namayer... (ceh mcm layak sgt aku ni..tp at least aku try kan2...)





oh ya, bt member2 ku syngi, aku nak bg th aku br jer apply nak further 1st degree kat UTEM,UiTM and UTM. Insyallah klu x de haral melintang...aku akan mengikut jejak langkah korang kat salah sebuah universiti tu...itu pun klu dpt la... klu x dpt lagi jgn la tanya soalan yg sama lagi ye...hehehe... :)





Ingatan daripada seorang sahabat buat diri AKU:





Tetiba teringat ada member aku pernah cakap kat aku:

"Dura, aku nk ko stop utk rs mcm tu… ko kena move on..
lelaki sgt bertuah utk dpt perempuan yg cinta perempuan tu ada lah first love perempuan tu, dan perempuan sgt bertuah utk dpt lelaki yg cinta lelaki tu adalah last love lelaki tu.. ko kene faham ni… kalau dah ada org lelaki ckp dia mmg betul2 sukakan ko… betul2 ikhlas dgn ko…ko buka ja hati ko utk terima dia... tp, jgn tersilap suka org dah la… .. apapun, minta Tuhan tetapkan yg terbaik utk ko.. jg diri.. jg iman.. jg akhlak… "

Thanks dude, ko mmg sahabat yang baik…. :)

*ada kisah ke disebalik kata2 ni??? hehe..malas citer....*





Note 1: x sabarnyer nak celebrated birthday nenek and tahlil arwah atuk...on this 24th January sbb semua adik beradik ayah, cucu cicit nenek akan berkumpul... bestnyer....


Note 2: Confius r, nak kuar ke x nak kuar dgn "dia" ni?? mcm x bersedia jer lagi...


Note 3: Penatnya jadi driver kepada adik2 ku, sorang blk kul 6 ptg kat Giant (Si Bdk, tunggu result SPM yg gatal nak keje part time) and sorang lagi kul 6.30 ptg kat SMK Malim (Si Bdk, Form 1 yg terpaksa sekolah sesi petang)... Well, sebagai kakak,tugas diutamakan... :P weak....poyo nyer aku....





Sebelum aku akhiri post kali ni... nak kongsi skit pic2 gile bdk2 sengal yg berkunjung ke Hospital Putra baru2 ni sbb melawat nenek yg diserang diarhea... kesian nenek... tp sekarang dah ok dah...alhamdullilah...





*gayat giler..mcm x pernah gie hospital.. :P*




Wasalam......... :)