Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Friday, June 12, 2009

Finally........... Nurse Wannabe!! :)



Salam...........

9 June 2009 : Aku dpt surat seperti di bawah... menyatakan aku x berjaya dlm interview jawatan separa perubatan.... Terkedu sekejap aku.... nak nangis pun xde makne... sabar je, last2 decide kuar p mkn pizza ngan "dia"...ehehehe... hilang tensen jap....
"dia" ckp, kita dah usaha,doa and tawakal...dah xde rezeki jugak, xpelah, kite try cr keje yg lain pulak..... aku just angguk jew.... padahal dlm hati rs pedih sbb xdpt.... tp, happy sbb dpt mkn pizza, "dia" yg belanja..hehe..TQ...





10 June 2009 : Aku blk dr kerje lewat skit.... then, ayah call tanya aku kat ne... Ayah ckp ada berita gembira... nnt balik baru cerita.... so, sepanjang-panjang perjalanan balik, mind aku pikir macam2... apa lah berita gembira tu agaknye... surat panggilan interview lagi ke... rupa2nya... surat kat bwh ni yg aku dpt rupanya.... hehe...suka balik.... tp masih risau...kene dpt surat tawaran baru aku betul2 lega.....




12 June 2009: Aku kat ofis, and tetiba ayh call.... dia ckp surat tawaran dah smp... Aku kene lapor diri 1 Julai 2009 kat Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar, Johor. So, lega dah sekarang... get ready utk berjuang...hehe....

Any information pasal Hospital Pakar Sultanah Fatimah just go to this link:
http://www.hpsf.gov.my/

note: thanks to those who give comment yg ucap tahniah pasal hal ni...hehe... thanks a lot...

ALHAMDULILLAH..............

wasalam....

Monday, May 25, 2009

...Selamat Bertugas Ke Abu Dhabi...

Salam....
25 Mei 2009:
Majlis Farewell utk Head of Section (HOS) S2 (PROPEL); En Nazri Jailani yg akan di tugaskan ke Abu Dhabi... Semoga selamat bertugas di sana....

Berikut beberapa gambar sekitar majlis farewell:

1. Yang dirai, En.Nazri (kiri) - memberikan serba sedikit ucapan berpisahan..



2. Warga PROPEL S2, PIT, dan contractor yg hadir... (ala2 sedey gitu XD)



3. Sumbangan cenderahati dari pihak seluruh warga PROPEL S2.



4. Sumbangan cenderahati dari contractor; ALAM BERSIH SDN BHD oleh En.Jamadi (Contractor Building) yang turut hadir bersama Ahmad Arif.. XD



5. Sumbangan cenderahati dari contractor; ABMA CORPORATION SDN BHD oleh Cik Nor Hafiza.. (Contractor Landscape)
*ehem2, company aku..hehe..tu dlm picture tu Project manager aku..hehe..*



6. Bergambar Kenangan dengan seluruh warga PROPEL S2.




note: macam biasa lah, klu ada majlis2 mcm ni x kan xde mkn2 kan.. hehe~~ suke!!


Wasalam...~~

Saturday, November 1, 2008

.:Syukur:.


Salam…
Before ni aku ada post pasal jamuan hari raya Seksyen S2 antara PLUS, PROPEL, POLIS LEBUHRAYA, Sub-Con, dll kan?
Jamuan ni bertempat di Restoran Jejantas Ayer Keroh Arah Utara... mmg best dpt mkn, sbb diorng bt mcm carnival makan2… ada banyak booth. Dan setiap booth mewakili setiap tol plaza dari tol plaza Simpang Ampat, Ayer Keroh, Jasin, Tangkak, Pagoh, RSA205 & 209. Setiap booth menyagikan juadah yg berbeza2… so, pilih jer.. semuanya FREE… hehe…





TAPI...
Sehari sebelum semua hadirin termasuk la aku sendiri dan project manager aku boleh makan2 kat Restoran Jejantas Ayer Keroh Arah Utara tu... Pihak PLUS ada call project manager aku agar pokok2 yang ada kat kawasan tersebut di buat penjarangan dan mana2 pokok yang cam x best perlu di tebang atao di prunning (salah satu prospek landscape maintenance).... kira ni emergency task la...
Cam biasa la kerja aku pantau dan ambil gambar utk bt report claim... while project manager aku deal ngan sub-con ttng harga dan mention pokok apa yg perlu di tebang or di prunning... ingatkan petang boleh settle... emmm.. last2 settle keje2 tebang n clear dahan pokok lebih kurang dlm pukul 9.00mlm... smp rmh kul 11.00 mlm (lepas mkn2 dgn project manager aku, sub-con, and bdk2 tebang pokok)...bayangkan... parent aku dah risau2, diorng risau aku drive sorang2 blk rmh mlm2.. adoi...
(patut ke x patut parent aku risao ni?)
tpnya, bukan selalu aku blk lewat mcm ni... ni pun sbb emengency punya hal.. nak pastikan jamuan hari raya esknya berjalan lancar agar para hadirin memberi pandangan yg positif terhadap landscape maintenance di kwsn tersebut... terpaksa lah.. janji aku boleh claim OT..hehe...

Bersyukurlah wahai dura!!!!!!!!!!




Utk beberapa minggu ni, rasanya aku mcm kehilangan hidup...Sbb ada bnyk site yg perlu di prunning pokoknya atao perlu di tebang...
Dok jer kat site perhatikan org lain berkerja (tebang pokok and prunning, cincang2 dahan guna chainsaw, pastu angkat dahan2 pokok tu msk kan ke dlm lori sampah). Nak tolong kudrat x kuat... =P Hingga nak ambik picture org bekerja pun dah malas... So, aku dilanda ke bosanan tahap paling maksimum... argh!!!!! Kadang2 rasa ada baiknya time tu kat tangan aku ada PSP ke, i-Pod ke, DVD Portable ke, MP3 ke, utk menghilangkan kebosanan..
tapinya aku kene bersyukur, at least aku penat layan jiwa bosan jer, while org2 yg pegang chainsaw tu lagi penat sampai tangan diaorng melecet, x merunggut pun walaupun penat tergambar jelas pada raut wajah mereka semua...

Note: picture yang menggambarkan aku tersenyum sewaktu berada di site tu sebenarnya pretend jer... ahaha.. konon2 tgh enjoy bekerja la tu.... (lakonan semata2…ish, sungguh x patut)


Kadang2 aku rindu nak kembali belajar semula… walau penat dlm menuntut ilmu, setidak nyer seronok sbb kita ada kawan seusia utk gosip2, gelak2… (student life kan..=P)
Tp bile aku dah keje ni, perbezaan umur membuatkan aku rasa mcm keje sorang2, average umor mereka mungkin dlm lingkungan 27-55thn maybe… membuatkan aku tertanya, “mana rakan2 seusia aku??” Dan aku juga yg menjawab , “Sudah tentu sdng belajar kat pusat pengajian tinggi semuanya…umor seawal ini pastinya sdng melanjutkan pelajaran…”
tapinya, aku kene bersyukur, at least aku ada jugak keje, while kat luar sana rmi lagi graduan yg mengganggur x ada keje sbb susah dpt keje…

Banyak lagi perkara membuatkan aku lupa utk bersyukur… Astafirullahalazim…

Ya Allah, ko masukkan lah aku didalam golongan yang sentiasa bersyukur dengan segala nikmat kurnia rezekiMu dan sentiasa ikhlas dalam bekerja hanya keranaMu, YaAllah, ko bantulah hambaMu yg kerdil lagi pelupa ini.. YaAllah, Engkau lah sumber kekuatanku..


Wasalam....

Thursday, October 23, 2008

::dari bdk ukur ke bdk landscape::

...SALAM...
Dah hampir 3 bulan aku berkecimpung dalam bidang landscape selepas tamatnya study di bidang sains geomatik (atao lebih dikenali sbg ukur tanah). Even b4 this aku x prnh nak berminat pun pasal bunga2 ni…sehingga selalu mak perli, “ nnt klu dah ada rmh mesti ko nak ltk bunga hiasan kat rmh ko”… wow, aku mmg x suka bunga.. seriously, and sometimes terdetik kat dlm hati, “klu aku ada pakwe nnt, and dia nak bg hadiah, plz la jgn bg bunga…baik bg coklat jer sudah…” hehe… sbb bunga x leh mkn, coklat boleh mkn…ahaha…argh, boleh plak ckp camni kan…
tpnya after involve in this field, klu lalu kat jln2 persekutuan and nampak bunga2 secara automatic aku dpt classifieds bunga apa tu n nama saintificnya skali… wow, very impressive… ahaha… buku yg banyak membantu ialah buku ni…hak milik project manager aku…emm, harga x kurang x lebih RM80++ maybe…

Pic 1: 1001 Garden Plants in Singapore…

Pic 2: sebahagian bunga-bungaan yang biasanya di tanam kerana factor maintenance yg rendah dan memerlukan kadar air yg rendah dan plng penting boleh kene cahaya matahari terik.. contoh nya: Crossandra Oranges, Zephyranthus Candida, Heliconia Lady-D, Jatropha, Plumbago




Pic 3 : our next project.... the owner of this house proposed to make landscape area in front of his new house… can’t wait to see the transformation begin… hence this project settle, I will post the revenue picture later….


Other stories:


Pic 4: I presenting to all… tudung2 baru saya… hehe.. tudung jenis corak bermotif … murah jer ni, RM5 sehelai… boleh di dapati di pasaraya2 berhampiran kediaman anda.. atao di pasar malam berdekatan… Collection tudung ni akan bertambah dari masa ke semasa…kerana aku ni suka pakai baju yg jenis plain and sometimes looks so dull… so tudung jenis ni banyak membantu utk tampak lebih menarik…kah3… (keje ngan bunga, tudung pun dah bunga2..adoi2…)


Pic 5: kenapa terlalu ramai yg bertanya bila aku guna benda ni kat tudung?? Diorng tanya knp “F”?? bkn “D”??…nama org teristimewa ke?? Ahaha… (ada ke??)
Emm….ada ke, x ada ke….sbnrnya tiada apa2 maksud tersirat di sebalik alphabet “F” ni… benda ni semacam cincin, aku pinjam adik aku punya, nama dia “Fatin” so “F” la kan…


The last jamuan hari raya utk aku for this syawal 2008…. Klu mmg dah keje under expressways, bt jamuan pun kat highway…ingatkan bt kat hotel ke…uhuhu… tanpa mengisahkan tmpt, yg penting dpt makan..suka2…=P

Note 1: Hot ‘N Cold is one of the song by Katy Perry which always keep playing around out of my head… out of my head!!

Note 2: “kekasihku seru” macam sudah nak habis… dah la best citer ni…uhuhu…
that's it...ok
wslam...

Monday, October 13, 2008

.:Project Landscape:.

salam...

sejak mula kerja after cuti raya, mmg bz sgt2... di tambah dengan project landscape di section office S2 di tangkak, di mana Section Office S2 involve dlm Pertandingan Landscape Kategori Bangunan Swasta Peringkat Negeri Johor....

Bertungkus lumus la para workers landscape utk menyiapkan landscape yg di idam2 kan...
walaupun baget x banyak... kitaorng try utk mencantikkan dan menceriakan kawasan di Section S2 agar imej tidak terjejas...

Dalam aku involve utk Project Landscape ni, bnyk benda aku pelajari.. dari meeting bersama2 org2 kuat PLUS , PROPEL, Manager ABMA Corp. Sdn Bhd, and Manager Nilai Garden (sbb project manager aku x pat involve) sehingga lah membuat pemantauan kerja2 workers landscape...

Semua dah selesai, mmg penat... sehingga sabtu pun kene kerja lebih masa... Komitmen sgt penting... Walaupun kerja aku simple jer, just pantau, ambik gmbr in progress, and after...tapi utk mengelakkan kebusanan tahap melampau, aku join gak workers2 tu tanam pokok bunga, enjoy skit life job aku..hehe... workers2 tu pun semangat skit...hehe...=)

sewaktu inspection...
semua laki2 kecuali project manager aku n aku (camerawomen) (dari kiri: Mr.Shanmugan, En.Zul Muda, Cik Fiza, En. Nazri, En.Din, En.Budin)... average umur 29 to 45 years old kot (not including me)... klu project manager aku x ada (kak fiza), aku la join diorng2 ni...


(view pic dr belakang jer...utk mengelakkan identiti terbongkar...maklum la org kuat semua ni..=) ahaha...)

Beberapa Landscape Area yg dah dicantikan semula....
(cantik ke? boleh menang ke?)



.:Kolam PLUS RONDA:.




.: Tmn Botani:.





.: Tmn PLUS:.



.: Tmn PROPEL:.



.: Entrance Section Office, S2:.

note 1: rindu "dia" yg sgt jauh..walau cuba nak lupa kan tp x leh...x tao nape...
note 2: nak bertemu dgn "dia" semula buat kali kedua..tp bila? mungkin kah?
note 3: merasa seperti "dia" sudah menjauhkan diri, tp aku masih x perasan2..
note 4: setiap kali macam dah lupa, "dia" muncul blk... seperti bg harapan,atao aku jer yg mengharap ?
note 5: "dia" adalah org yg sama... insan yg aku sentiasa berdoa agak kehidupannya di sana di permudahkan dan berjaya mencapai impian nya kelak, walaupun "dia" jauh beribu batu...

wslam...