Sunday, October 26, 2008

.:Without:.

Salam,

Resah yg ku ubah dalam kata
Melukiskan kesunyiaan
Tanpa engkau aku tak mengerti
Meski pagi itu indah
Tapi akan sunyi tanpa mu
Menemani aku sepi

Tanpa cintamu aku resah
Tanpa kasihmu aku hampa
Tanpa dirimu aku mati
Kini benar2 ku rasakan dalam relung hati ku tanpa mu aku x mengerti
Takut jauh dari mu dan kau tinggalkan ku sendiri
Tanpamu aku mati

Oh..my camera..where are u right now?? Are u ok??
I really miss u…uhuhu..
I can’t live without my camera…

Camera kesayangan skrang x ada dalam pegangan sbb terpaksa di tinggal kan kepada seseorng yg aku sendiri pun x kenal atas urusan kerja yang penting...
Rasa macam x best la klu camera tu x ada… esk nak gie open house deepavali kawan ayah… x pat la nak merakam detik2 indah... uhuhu...
baru berpisah 3 hari ngan my camera dah rasa x keruan.. argh!!!! Nak balik camera saya…nak balik…

Tapi aku kene bersyukur la, ini camera x ada pun sbb atas urusan kerja… org lain ada yg camera hilang, rosak… diorng lagi sedih dari aku...
uish, x kan la sbb hal ni aku nak rasa down plak kan, bukan camera aku hilang or rosak pun…=P kene bersyukur…

note: tomorrow is my first Deepavali open house that I will attend.. hehe..
(SO, Malaysian)


wasalam…

Thursday, October 23, 2008

::dari bdk ukur ke bdk landscape::

...SALAM...
Dah hampir 3 bulan aku berkecimpung dalam bidang landscape selepas tamatnya study di bidang sains geomatik (atao lebih dikenali sbg ukur tanah). Even b4 this aku x prnh nak berminat pun pasal bunga2 ni…sehingga selalu mak perli, “ nnt klu dah ada rmh mesti ko nak ltk bunga hiasan kat rmh ko”… wow, aku mmg x suka bunga.. seriously, and sometimes terdetik kat dlm hati, “klu aku ada pakwe nnt, and dia nak bg hadiah, plz la jgn bg bunga…baik bg coklat jer sudah…” hehe… sbb bunga x leh mkn, coklat boleh mkn…ahaha…argh, boleh plak ckp camni kan…
tpnya after involve in this field, klu lalu kat jln2 persekutuan and nampak bunga2 secara automatic aku dpt classifieds bunga apa tu n nama saintificnya skali… wow, very impressive… ahaha… buku yg banyak membantu ialah buku ni…hak milik project manager aku…emm, harga x kurang x lebih RM80++ maybe…

Pic 1: 1001 Garden Plants in Singapore…

Pic 2: sebahagian bunga-bungaan yang biasanya di tanam kerana factor maintenance yg rendah dan memerlukan kadar air yg rendah dan plng penting boleh kene cahaya matahari terik.. contoh nya: Crossandra Oranges, Zephyranthus Candida, Heliconia Lady-D, Jatropha, Plumbago




Pic 3 : our next project.... the owner of this house proposed to make landscape area in front of his new house… can’t wait to see the transformation begin… hence this project settle, I will post the revenue picture later….


Other stories:


Pic 4: I presenting to all… tudung2 baru saya… hehe.. tudung jenis corak bermotif … murah jer ni, RM5 sehelai… boleh di dapati di pasaraya2 berhampiran kediaman anda.. atao di pasar malam berdekatan… Collection tudung ni akan bertambah dari masa ke semasa…kerana aku ni suka pakai baju yg jenis plain and sometimes looks so dull… so tudung jenis ni banyak membantu utk tampak lebih menarik…kah3… (keje ngan bunga, tudung pun dah bunga2..adoi2…)


Pic 5: kenapa terlalu ramai yg bertanya bila aku guna benda ni kat tudung?? Diorng tanya knp “F”?? bkn “D”??…nama org teristimewa ke?? Ahaha… (ada ke??)
Emm….ada ke, x ada ke….sbnrnya tiada apa2 maksud tersirat di sebalik alphabet “F” ni… benda ni semacam cincin, aku pinjam adik aku punya, nama dia “Fatin” so “F” la kan…


The last jamuan hari raya utk aku for this syawal 2008…. Klu mmg dah keje under expressways, bt jamuan pun kat highway…ingatkan bt kat hotel ke…uhuhu… tanpa mengisahkan tmpt, yg penting dpt makan..suka2…=P

Note 1: Hot ‘N Cold is one of the song by Katy Perry which always keep playing around out of my head… out of my head!!

Note 2: “kekasihku seru” macam sudah nak habis… dah la best citer ni…uhuhu…
that's it...ok
wslam...

Saturday, October 18, 2008

All in One


salam....

::Ku tersenyum::

Hingga saat ini, ku tersenyum
Senyum ku kini semakin lebar hingga ke telinga
(x logic la bleh senyum smp telinga kan2?)
Sepucuk surat sudah mampu buat ku tersenyum…
Sehingga ayah dan mak bersyukur dan gembira…
Walaupun belum menjadi reality, namun surat tersebut sudah cukup buat aku rasa gembira dgn rezeki yg bakal hadir…
InsyaALLAH, lepas 4hb November nnt aku cerita balik apa yg berlaku… ada sape2 yg dah boleh agak ke apa kandungan surat tersebut?? Segalanya akan diceritakan selepas 4hb November nnt… btw, plz pray 4 me….TQ2..

::Red Bull Female Driver Search 2008::

Agak teruja bila terlihat iklan red bull female driver search 2008 kat tv, namun aku masih berkira2 sama ada nak register ke x nak…

Aku nak register sbb:
-bleh dpt training memandu dgn pakar
-sesuai dgn jiwa aku yg suka drive kete laju2, sbb keje pun kat highway...(ish,jgn cthi aku ye)
-minat kat sukan pemotoran sejak form 3 lagi, nak2 F1… sanggup bngn awal pagi sbb nak tgk Ralf Schumacher ngan Kimi Raikonnen.
-bleh drive secara manual dgn baik (ceh..uhuhu)
-nak jadikan Red Bull Female Driver Search 2008 ni sbg platform utk aku explore dunia sukan pemotoran dan sekali gus jadi professional driver mcm Ralf Schumacher ngan Kimi Raikonnen…(angan2 x bleh bla)

Aku tetiba rs x nak register sbb:
-aku rs aku mcm x layak jer
-candidate musim lepas semuanya cun2 giler…
-aku x ada pakej la...

tapi aku sdng fikirkan lagi... why should i be the one of the Red Bull Rookies?

:: Gadis Melayu::

Pernah dgr iklan “pencarian gadis melayu utk Tv9”?
Aku prnh dgr, tpnya x teringin pun nak gi uji bakat... sbb x teruja.
Klu aku masuk kan2...ahaha.. mmg x layak, dah la x th ikat kain batik, anyam ketupat pun x reti...
Tp, x sangka salah sorang dr 10 candidates tu adalah kak Wan Farizah Bt Mustafa
(kak yah), jiran lama...dulu kecik2 aku and abg aku selalu main2 dgn dia and abg2 dia. Main jd power rangers la...
(5 org: aku, abg aku, kak yah, abg gie, and abg boy. Yg jadi robot adik dia : jasmin) ahhaha...
Dan lagi mengejutkan, dia rupanya dah jadi cikgu sekolah menengah, dan juga merupakan cikgu kepada sepupu aku (Ipah). Ipah ckp dia ajar subjek Sains and mathematics.
Parent kak yah ngan parent aku dulu mmg close dulu, tp sejak kitaorng pindah rmh..dah loose contact.
Father kak yah plak rsnya pernah kluar kat Expose Mistik (astro)...dah jadi pengamal perubatan tradisional...
My hopes, moga dia success dlm program ni....



kak yah (dlm bulatan merah)


:: Kesihatan::

Skrang ni ngah x brape sihat... I got flu fever...argh..x suka...sakit hidung klu ada flu ni...sekotak tisu dah habis...
X pe lah, sabar je la ujian Allah...

Note 1: Anything, just email me at : dura_mufc@yahoo.com

Note 2: X sabar nak convocation…=) sbb nnt bleh jmp cousemates blk…rindu ah kat korang…


Last gathering student dip.sc.geomatik (part 6) time picnic kat bukit air, perlis (.Mei.2008)

wsalam....

Monday, October 13, 2008

.:Project Landscape:.

salam...

sejak mula kerja after cuti raya, mmg bz sgt2... di tambah dengan project landscape di section office S2 di tangkak, di mana Section Office S2 involve dlm Pertandingan Landscape Kategori Bangunan Swasta Peringkat Negeri Johor....

Bertungkus lumus la para workers landscape utk menyiapkan landscape yg di idam2 kan...
walaupun baget x banyak... kitaorng try utk mencantikkan dan menceriakan kawasan di Section S2 agar imej tidak terjejas...

Dalam aku involve utk Project Landscape ni, bnyk benda aku pelajari.. dari meeting bersama2 org2 kuat PLUS , PROPEL, Manager ABMA Corp. Sdn Bhd, and Manager Nilai Garden (sbb project manager aku x pat involve) sehingga lah membuat pemantauan kerja2 workers landscape...

Semua dah selesai, mmg penat... sehingga sabtu pun kene kerja lebih masa... Komitmen sgt penting... Walaupun kerja aku simple jer, just pantau, ambik gmbr in progress, and after...tapi utk mengelakkan kebusanan tahap melampau, aku join gak workers2 tu tanam pokok bunga, enjoy skit life job aku..hehe... workers2 tu pun semangat skit...hehe...=)

sewaktu inspection...
semua laki2 kecuali project manager aku n aku (camerawomen) (dari kiri: Mr.Shanmugan, En.Zul Muda, Cik Fiza, En. Nazri, En.Din, En.Budin)... average umur 29 to 45 years old kot (not including me)... klu project manager aku x ada (kak fiza), aku la join diorng2 ni...


(view pic dr belakang jer...utk mengelakkan identiti terbongkar...maklum la org kuat semua ni..=) ahaha...)

Beberapa Landscape Area yg dah dicantikan semula....
(cantik ke? boleh menang ke?)



.:Kolam PLUS RONDA:.




.: Tmn Botani:.





.: Tmn PLUS:.



.: Tmn PROPEL:.



.: Entrance Section Office, S2:.

note 1: rindu "dia" yg sgt jauh..walau cuba nak lupa kan tp x leh...x tao nape...
note 2: nak bertemu dgn "dia" semula buat kali kedua..tp bila? mungkin kah?
note 3: merasa seperti "dia" sudah menjauhkan diri, tp aku masih x perasan2..
note 4: setiap kali macam dah lupa, "dia" muncul blk... seperti bg harapan,atao aku jer yg mengharap ?
note 5: "dia" adalah org yg sama... insan yg aku sentiasa berdoa agak kehidupannya di sana di permudahkan dan berjaya mencapai impian nya kelak, walaupun "dia" jauh beribu batu...

wslam...

Saturday, October 4, 2008

Typical Raya - Part 2

Salam…
Firstly, sowy lah jika Typical Raya – Part 1 agak sukar utk di baca kerana sambungannya yg sepatutnya berada di bawah tetapi berada di atas….

Hari Raya dgn family Belah Ayah (Raya pertama- tghr hingga mlm)
Selepas raya dgn family sebelah mak, tengah hari nyer terus ke rmh nenek belah ayah plak…



Pic : Ketika beraya di rmh mak cik besah.
Lepas tu kitaorng serbu rmh mak long, pak utih, pak ndak, n mak lang







then lastly baru diorng dtg raya rmh family aku (rmh pak anjang).




Raya Kedua (still dgn family belah ayah)
Kitaorng plan ke kampung pengkalan batu, melaka…sbb kat situ mmg rmi sedara mara…



Pak Usu : x bleh bla mkn mee goreng dlm mangkuk besar tu.. hehe..mcm la x ada pinggan…=)







Nenek : dah uzur kan, terpaksa menggunakan kerusi roda utk bergerak... (lihat, kasih seorng anak)








Bila warga tua bertemu di hari raya..pastinya memberi seribu erti buat mereka selagi masih hidup...






Ayuh ber-gigam :







Nostalgia di hari raya





tangga rmh melayu melaka







kitaorng sibuk nak gigam raya, tourist dr china ni pun sibok nak gigam raya jugak.. ahaha...




mengabdikan memori sebelum pulang...


Rmh terbuka abg adi (abg sepupu)
Mlm raya kedua, abg adi and his wife bt rmh terbuka,Syok mkn sate..hehe...


dahsyat haziq ni (sepupu)... lihat2.. berapa banyak dadih dia mkn...




selain sate, yg amat menarik perhatian aku ketika berada di rmh abg adi adalah kapal terbang yg menggunakan alat kawalan jauh milik beliau ... mcm best jer kan2...



siapa budak ni?? comey kah dia??
Hehe.. ini lah damya (cicit pertama family blah ayah) jmp time gie rmh terbuka rmh abg adi.... (emm..kira aku mak cik sepupu dia la kan? Sbb nenek dah jd moyang, adik beradik ayah dah jd datuk n nenek sedara) uh, pening2...



Rmh terbuka (Hari raya :ke-4, lokasi : me beloved house)
Khusus bt adik beradik blah mak...sbb diorng blum dtg raya kat rmh kitorng lagi...
paling penat la... dari pagi prepare for da dishes, layan tetamu dari tgh hr smp la mlm..uhuhu..
ngantuk2..penat2... xkisah la, setahun sekali...



para tetamu..



juadah yg di hidangkan : sambal udang, rendang kerang, kuah lodeh, mee goreng, nasi impit dan dadih perisa cappuccino dan keladi..


Yang paling Special :



*Wink!!!* I presenting to you, me big bro and his girlfrens (merangkap me future sister in law kot…) hehe… =)



Fuh..lega semuanyer dah selesai… pasni kene p keje plak setelah puas cuti raya.. emm mcm malas jer…

Hehe…

Note 1: berat badan naik rasanyer...suka2...sbb time pose berat bdn turun…
Note 2 : malas nyer nak masuk keje balik... nak terus cuti jer bleh x??

Wslam...

Friday, October 3, 2008

Typical Raya - Part 1 (sambungan...)

sambungan dari bawah.....



Sampai jer kampung family2 mak yg lain dah smp dulu.... so, mcm biasa sesi bermaaf2an bermula....semua berbaris ikut sibling.. dr anak pertama smp ank yg bongsu.. di sebabkan mak aku anak sulung so, family kitaorng mulakan dulu sesi bermaaf2an...






Berbaris yer... jgn potong barisan..hehe.. (tahun ni, ketujuh-tujuh adik-beradik mak beraya kat kampung.. thn depan diorng raya kat rmh mertua masing2...)









Dikala family2 yg lain pergi sembahyang raya...kitorng yg x pergi ni,bz isi kuih utk dihidangkan bt para tamu yg bakal dtg....



Sesi Gigam a.k.a Gila Flash melanda semula di pagi raya:












Klik2!!! Senyum....





Kepada sesiapa..klu nak buat rmh terbuka..jgn panggil diorng ni...nnt mcm tsunami la diorng kerja kan mknan di rumah anda..licin...ahaha.. lihat2 bukti nyer... =)



Habis dah cerita pasal hari raya dgn family belah mak....
Blum lagi cerita hari raya dgn family belah ayah...
Adakah lagi meletop dr kisah di atas dan di tambah dgn gambr2 yg lebih menarik??
Tunggu ”Typical Raya Part 2” on the next post….

Note : uhuhu.. kureng dpt duit raya coz dah keje…tp dpt jugak..bangga giler still dpt…hehe… thn ni x aku x ada baget duit raya utk cousin2. Cuma baget duit raya utk nenek and atok (blah mak), nenek, maklong and makngah (blah ayah), mak ngan ayah jer. Yang lain sowy yerk...


Wslm....

Typical Raya - Part 1

Salam…


“Typical Raya” : every year raya mcm lebih kurang sama jer kejadian2 yg berlaku…mcm dah boleh agak dah…Dari segi lokasi dan xtvt...Cuma ada la berubah skit2… So lets check it out!!!

Tp sebelum itu, ada 2 rangkap pantun 4 kerat khas bt anda..:

Katak kenyang lalu t’tidur,
Gajah pitam lantas t’jatuh,
Andai tak sampai tangan m’hulur,
Kupohon keampunan dari jauh.

Buah laici buah strawberi,
Dicuri pulak si labu labi,
Ampun dan maaf dari diri ini,
Salah dan silap; Oh! Plz Forgive me..=)

Sehari sebelum Hari Raya 2008…
Biasanya, lepas sahur jer mesti tido blk sebelum bgn semula utk tunaikan solat subuh, tp hari terakhir pose; lepas sahur jer terus iron baju2 raya family, lepas solat jer terus kemas bilik + rumah. Xtvt biasa klu kemas rumah mestilah menyapu, mengemop lantai, bersihkan laman kat posh kete…mmg penat… ini kira touch up kali terakhir la kira nya before menjelang raya esk… sbb esk mesti rmi yg dtg rmh, so mmg x smpt nak mengemas la. so maintain n ready jer rumah agar sentiasa bersih dan cantik…
Lebih kurang kul 10 pagi, mak ajak keluar jap..kata nyer ada dua tiga barang lagi x sempat beli…aku pun drive la membawa mak ku tersayang kemana2 destinasi yg ingin dia tuju.. uish…selagi x raya, selagi tu la ada jer barang x cukup….hehe…
Petang nyer plak, sesi masak memasak…. Kali ni mak tukar selera, x nak wat rendang daging walaupun daging sudah di rebus...kata nyer nak wat rendang kerang.. ok jgk, mcm best jer bunyi...hehe.. jenuh la aku n adik kopek cengkerang kerang tu lebih kurang 3 kilo...(just imagine...emm..xyah2 dah selamat masak n masuk dlm perut dah..hehe)...

Hari Terakhir Berbuka Pose Ramadan 2008
Mesti balik kampung.... dalam mind set aku mesti ingat, lepas berbuka mesti anak2 dara kene basuh pinggan..uhuhu.... tp bila smp jer kampug, hehe…diorng bt ala2 buffer… pakai pinggan kertas ngan cawan kertas..lepas mkn terus buang… syok..klu kene basuh pinggan pun sikit jer… lepas tu boleh la cepat2 solat n main bunga api….
Yes!!! Lepas solat jer, semangat betul nak main bunga api (mcm bdk kecik kan..? saje nak mengimbau memori zaman kecik2..=P ). Bila keluar jer kat laman bunyi mercun sudah kedengaran, kuat plak tu.. adoi.. spoil betul la.. aku x jd main bunga api sbb nyer x thn nak dgr bunyi mercun yg kuat tu...aku cr pot yg baik punya, kira yg selamat la dr mercun2 tu..smbl tutup telinga dan memerhatikan cousin2 aku yg lain enjoy main bunga api n mercun... penutup bagi mlm raya tu pakcik aku bakar mercun merdeka...





(1) (2) (3)

(1) Mercun bola: dia punya bunyi boleh membuatkan bayi menangis dan menakutkan aku
jugak..kah3..

(2)Mercun ala2 dynamite : sekali bakar, bunyi dia boleh menyebabkan alarm kereta Naza
Ria berbunyi...kah3...

(3)Mercun penutup mlm raya: hasilnyer mcm time merdeka gitu.. laungan ”RAYA!!”
sebanyak 3 kali..ahaha...


Aksi Gigam (Gila gambar a.k.a gila flash) di mlm raya
utk menceriakan suasana mcm2 aksi cousin2 aku buat....ish2 giler2...mmg kelakar, seronok rasanyer bila rmi2 sporting utk bergambar...
berikut adalah beberapa aksi yg lulus utk di pamerkan...






Picture di atas adalah lakonan semata2 tidak ada kaitan dgn sesape di muka bumi mahupun di luar bumi... =P

Pagi Syawal menjelma....
Bgn dan mandi di awal pagi... Solat Subuh berjemaah bersama keluarga,bertakbir bersama dan kemudian saling bermaaf2an.. menitis2 air mata mengalir...
Kemudian bersiap dgn pakaian baru lagi bersih lagi cantik...sarapan bersama sebelum bertolak pulang ke kampung semula (kampung belah mak dkt jer lebih kurang 45minit p’jlnan)



+


~Me Beloved Family~




sambungan di atas.....

Wednesday, October 1, 2008

InTro Jer DuLu..=P

salam..


sedikit intro eh...


x ada ms nak update coz i'm really bz dis hari raya...


uhuhu..penatnYer.... tido pun x cukup....


nanti saya cerita yer... tapi tunggu for da next post ya...






mlm raya yg happening n giler..ahaha..
ok...see ya...
Salam Lebaran... Maaf Zahir dan Batin...
wslm..